Uskup di China harus ikut perintah kerajaan jika sertai Misa Krisma

Seorang uskup di China tidak dapat merayakan Misa Krisma kecuali jika beliau setuju taat kepada undangundang dan peraturan Gereja Katolik di China.

Apr 12, 2019

BEIJING: Seorang uskup di China tidak dapat merayakan Misa Krisma kecuali jika beliau setuju taat kepada undangundang dan peraturan Gereja Katolik di China.

Uskup Guo Xijin — mantan uskup Mindong — mengatakan kepada ucanews.com bahawa beliau tidak pasti dapat menyertai Misa Krisma kerana pemerintah menolak untuk mengakuinya sebagai uskup.

Uskup itu mengatakan dia telah diberitahu bahawa pengiktirafan hanya akan berlaku jika ada permohonan daripadanya untuk bergabung dengan Konferensi Uskup Gereja Katolik di China (BCCCC) — organisasi para uskup yang diakui kerajaan dan komiti untuk urusan gereja di peringkat wilayah.

Uskup berusia 59 tahun itu mengatakan dia tidak terlintas untuk melakukan apa yang dituntut oleh pemerintah. Uskup Guo adalah uskup gereja bawah tanah yang disetujui Vatikan di Keuskupan Mindong.

Selepas penandatanganan perjanjian sementara ChinaVatikan pada 22 September 2018, beliau diminta untuk mengundurkan diri oleh pegawai Vatikan dan diganti oleh Uskup Zhan Silu yang disetujui negara dan mendapat pengampunan daripada Sri Paus Fransiskus.

Uskup Zhan mengatakan kepada ucanews.com bahawa selebran bersama Misa Krisma bergantung pada Uskup Guo, namun menambah bahawa pemerintahlah yang membuat keputusan. — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments