Uskup Sebastian sampaikan orientasi PMPC 2026

Berikut merupakan transkripi Uskup Sebastian Fransis yang menyampaikan orientasi Konvensi Pastoral Pan Malaysia (PMPC) yang bakal diadakan pada tahun 2026.

Jun 25, 2021

Berikut merupakan transkripi Uskup Sebastian Fransis yang  menyampaikan orientasi Konvensi Pastoral Pan Malaysia (PMPC) yang bakal diadakan pada tahun 2026. 

Buat pertama kalinya, sembilan keuskupan/agung di Malaysia akan  berhimpun bersama untuk merancang hala tuju Gereja Malaysia.

Kepada para Rasul Yesus Kristus, ahli-ahli Klerus, ahli-ahli komuniti religius dan saudara saudari seiman,

Saya mahu anda mengingat kembali 2000  tahun yang lalu. Seperti yang anda ketahui,  pada hari Pentakosta, lahirlah Gereja dan  juga Misi.

Apa yang dimaksudkan dengan misi?  Meneruskan pewartaan Injil Yesus Kristus.  Dan pewartaan Injil ini merupakan mandat  misionari yang Yesus berikan khusus kepada para Rasul, dan melalui mereka, kepada  para murid. Secara kebetulan, pembacaan  harian Misa hari ini membicarakan Konsili Yerusalem yang pertama, yang berlaku  pada tahun 48 Masihi. Petrus ada di sana,  Paulus ada di sana dan para Rasul berada  di sana.

Keputusan penting harus dilakukan demi  penginjilan kerana Injil tersebar di luar  Yerusalem. Oleh itu, persoalan utamanya  adalah - apa yang dikatakan Roh Kudus kepada Gereja 2000 tahun yang lalu di Konsili Yerusalem yang pertama? Mari kita melangkau dari Konsili Yerusalem hingga 1965 iaitu berakhirnya  Konsili Vatikan II. Di sana, Sri Paus VI,  bersama para uskup dari seluruh dunia,  berkumpul dan mengajukan pertanyaan  yang sama. Apakah soalan itu? Apa yang dikatakan Roh Kudus kepada Gereja pada  tahun 1965?

Mari melangkau lagi hingga ke tahun  1976, sebelas tahun selepas Konsili Vatikan  II. Gereja Semenanjung Malaysia bertemu  di sini di Pulau Pinang, bersama dengan  para uskup dan semua paderi. perhimpunan  ini dikenali umum sebagai Aggiornamento  tahun 1976. 

Secara kebetulan, Aggiornamento bermaksud 'pembaharuan'. Dan mengemukakan soalan yang sama — apa yang  dikatakan Roh Kudus kepada Gereja di Semenanjung Malaysia?

Kita langkau lagi ke hadapan. Pada bulan Mei 2016, Sinode Keuskupan Pulau Pinang  juga menanyakan soalan yang sama — apa  yang dikatakan Roh Kudus kepada Gereja  di Keuskupan Pulau Pinang. Kami mengadakan Sinode Keuskupan dan saya memberikan kesimpulan dengan 12 poin yang  memberi tumpuan kepada Visi dan Misi Gereja di Keuskupan Pulau Pinang.

Pada tahun yang sama, pada bulan Ogos,  Konvensyen Pastoral Semenanjung Malaysia bertemu di Majodi, Johor. Kali ini,  Uskup Agung Julian Leow, Uskup Bernard  Paul dan saya memainkan peranan sebagai  gembala. Kami berkumpul dan bertanya  lagi soalan yang sama. Soalannya tidak  pernah berubah. Apa kata Roh Kudus kepada Gereja di Semenanjung Malaysia?  Hasilnya, kami seia mengatakan tiga perkara ini, saya menyifatkannya sebagai katakata berkat. Roh Kudus mahukan sebuah  Gereja di Semenanjung Malaysia yang INKLUSIF, KREATIF dan JALINANKERJASAMA. Kami masih berusaha untuk memikirkannya, untuk menghayatinya.

Persiapan terbaik yang diberikan Roh  Kudus kepada kita untuk menghadapi  COVID-19 adalah memberitahu kita bahawa saya mahu Gereja di Semenanjung  Malaysia yang kreatif, inklusif dan menjalin kerjasama. Saya rasa ketiga-tiga kata  ini telah mempersiapkan kita secara amnya  untuk menghadapi cabaran COVID-19 lebih daripada yang lain.

Jadi sekarang saya mahu melangkau  terus ke tahun 2026. Itulah niat utama saya  sekarang. Untuk meminta kita semua untuk  sefikiran, satu hati, untuk mempunyai satu  fokus. Kami akan berkumpul tidak lama  lagi - tidak lagi sebagai Semenanjung Malaysia.

Menjelang tahun 2026, kita akan mengadakan Konvensyen Pastoral Pan Malaysia dan, kali ini, kita akan mengemukakan  soalan yang sama — apa yang dikatakan Roh Kudus kepada Gereja di seluruh Malaysia — Sarawak, Sabah dan Semenanjung? Ia bukan lagi dari Perlis ke Johor  Bahru, tetapi dari Perlis ke Johor Bahru dan ke Sabah dan Sarawak.

Dan kita akan melalui proses yang sangat  sederhana, jelas dan sistematik untuk mempersiapkan semua kita untuk tahun 2026, untuk menjawab soalan — apa yang Roh Kudus katakan kepada Gereja sekarang, kepada seluruh Malaysia?

Kami menjemput anda untuk menjadi  inklusif, merangkumi Sabah dan Sarawak  dan untuk berkembang dan berjalan bersama dengan mereka. Kami meminta anda  mencari kaedah kreatif untuk membina  jambatan dengan Sabah dan Sarawak. 

Sudah tentu, ramai dari mereka berada di  sini, di keuskupan kita, tetapi kita bercakap  mengenai membina jalinan kerjasama dengan Gereja Sabah dan Sarawak. Jadi, kita  akan bergerak bersama sebagai Sembilan  Keuskupan kali ini.

Pasukan penganjur telah menyiapkan proses dan kandungan bagaimana kita akan  terus maju. Kami akan memberi tumpuan  kepada empat bidang untuk mencari kaedah kreatif untuk menunjukkan keprihatinan kami terhadap:

1) Keluarga Kita
2) Gereja secara keseluruhan
3) Masyarakat Malaysia - realiti 
4) Ekologi  Saya akhiri dengan gambaran yang saya  renungkan.

a) Setiap kali saya melihat patung Perawan Maria, dia selalu dengan kedua-dua  tangan bertekap dan dia selalu berdoa.  Saya ingin mempercayakan seluruh gerakan ini kepada Perawan Maria yang tangannya selalu bertekap dalam doa. Saya  ingin memberitahu anda bahawa, selagi  Perawan Maria berdoa dan menjadi pengantara bagi kita, kita akan bergerak ke  arah yang benar, kerana doa-doanya akan  menjawab kita. Dan semoga tindakan ini  menjadi isyarat membina jambatan. Kita  membina jambatan dalam doa dan permohonan. Sebagai satu Gereja Malaysia  dengan tiga entiti, Sabah, Sarawak dan  Semenanjung.

b) Setiap kali kita melihat Salib, kita melihat tangan Yesus terentang. Bagi saya, ini  adalah gerakan untuk menjadi inklusif. Dia merangkul seluruh dunia, seluruh  bangsa dan seluruh Gereja Malaysia.

c) Apabila saya memikirkan imej Roh Kudus, ini adalah bagaimana kita berdoa untuk anda semua.Kami saling berdoa untuk pencurahan Roh Kudus. Tidak ada  yang lebih kreatif daripada Roh Kudus

Maka, saya menyeru anda untuk bersedia: 

1) Untuk menjadi kreatif kerana Roh Kudus adalah kreatif

2)Untuk menggabungkan Sabah, Sarawak  dan Semenanjung dan berfikir sebagai satu Gereja Malaysia. Yesus di kayu salib  adalah inklusif. Ketika Bapa menyambut anak yang hilang, tangannya juga  terentang, dan memeluk anaknya. Oleh itu, saya menggesa anda untuk bersikap  inklusif;

3)Menjadi jalinan kerjasama seperti Maria dengan tangan berdoa yang akan  saling berdoa antara sesama. 

Oleh itu, marilah kita bergerak dengan  yakin kerana, percayalah, Gereja dipimpin terutamanya oleh Roh Kudus.

Kita semua, para uskup, paderi, diakon, lelaki dan wanita yang dikonsekrasi(saudara  dan saudari religius), dan juga umat beriman, kita akan bergerak bersama di bawah  kepemimpinan utama Roh Kudus dan  kepemimpinan sekunder para gembala  anda — sembilan uskup Malaysia. Amen


Total Comments:0

Name
Email
Comments