Wajah mu ku cari Ya Tuhan

Wajah mu ku cari Ya Tuhan

Aug 03, 2018

HOLY ROSARY LIMBAHAU: “Tuhan tidak pernah jauh daripada kita. Dia sentiasa hadir dan dekat dengan kita. Berbahagialah mereka yang selalu mencari Wajah Tuhan ...” demikian antara kata-kata galakan yang disampaikan kepada para peserta Seminar Wanita yang bertema “Wajah Mu ku cari ya Tuhan” pada 14 Julai lalu.

Lebih seratus peserta dari pelbagai stasi luar Paroki Holy Rosary Limbahau menyertai seminar ini. Dimulai dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Rayner Bisius, seminar ini diisi dengan ceramah oleh Sr Rose M Ginibun, Doktor Mervin George dan Matron Maura Ewot.

Sr Rose dalam sesinya banyak memberi pesan kepada para wanita betapa dalamnya kasih Tuhan kepada semua manusia.

Sister itu juga memuji wanita yang sangat tabah menjadi ibu dan isteri, bukan sahaja menjadi ibu rumah tangga tetapi juga menjadi ibu di Gereja!

Dua orang kakitangan kesihatan, Dr Mervin dan Matron Maura, kedua-duanya memberi penerangan tentang penjagaan kesihatan.

Matron Maura dalam sesinya tentang barah payudara mengajak kaum wanita agar membuat pemeriksaan percuma yang disediakan di klinik-klinik kesihatan. Matron berasa agak kesal kerana ramai wanita tidak memanfaatkan kemudahan yang sedia ada misalnya pemeriksaan payudara dan pangkal rahim.

“Adalah baik untuk mencegah, di peringkat awal, barah masih boleh dirawati,” pesan beliau. — Fan

Total Comments:0

Name
Email
Comments