Walau siapa pun kita, kita berharga di mata Tuhan!

Dalam pembacaan pertama, Yeremia kelihatan seperti orang yang tidak menyenangkan kerana selalu bersungut-sungut, mengeluh, dan selalu memberitakan penghukuman.

Jun 20, 2020

HARI MINGGU BIASA KE-12 TAHUN A
YEREMIA 20: 10-13 ROMA 5: 12-15
INJIL MATIUS 10: 26-33

Dalam pembacaan pertama, Yeremia kelihatan seperti orang yang tidak menyenangkan kerana selalu bersungut-sungut, mengeluh, dan selalu memberitakan penghukuman.

Ketika kita membaca kata-kata Yeremia kepada Tuhan setelah dia dipasung oleh imam Pasyur, dia selalu mengeluh dan ‘meracau-racau.’ Puncak keluhan Yeremia terjadi ketika dia mengharapkan ibunya menggugurkannya semasa dia dalam kandungan!

Harus diakui bahawa kehadiran orang yang selalu mengeluh akan membuat kita rimas. Namun demikian daripada keluhankeluhan Yeremia kita dapat mendapatkan dua pengajaran.

Pertama, segala sesuatu yang dikeluhkan berdasarkan kenyataan. Dia sungguh-sungguh kesakitan dan didera kerana pelbagai kesulitan. Bila dibandingkan dengan kehidupan Yeremia, kehidupan kita bagaikan kebun bunga mawar.

Seandainya kita berada dalam posisi Yeremia, kita pun pasti melakukan apa yang dia lakukan. Yeremia memberikan teladan yang indah buat kita iaitu meski pun banyak mengeluh kerana sering mengalami tekanan mental, dia tetap setia kepada Tuhan. Dia tetap memberitakan firmanNya meskipun dia tahu bahawa mereka tidak akan mendengarkan, bahkan akan semakin mengalami kesulitan dan kesakitan. Yeremia tetap berkomitmen kepada Tuhan walaupun masalah menggunung. Kedua, ketika Yeremia mengeluh, Tuhan mendengar keluahannya. Tuhan tidak marah atau hilang sabar sehingga Dia menjawab keluhan Yeremia.

Seperti Yeremia yang mengalami penderitaan dan aniaya kerana tugasnya sebagai nabi yang diutus Tuhan, Yesus pun mengalami aniaya kerana membuktikan bahawa dirinya adalah Putera Tuhan, bahawa Dia dan Bapa adalah satu, ini adalah bukti keilahian Kristus Dalam pembacaan Injil, “ kerana tidak ada sesuatupun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi yang tidak akan diketahui (Mat 10:26) merupakan dorongan berlandaskan kepada pengetahuan bahawa penghakiman terakhir Tuhan akan membenarkan orang percaya dan  berurusan dengan para penganiaya.

Jadi, sesuai dengan perkataan Yesus yang sering kali dipakai ini, apa yang telah diterima Kedua Belas Murid tersebut secara peribadi (dalam gelap, dibisikkan ke telingamu) harus diumumkan dengan tidak gentar (dalam terang, beritakan itu dari atas atap rumah) — Mat 10:28.

Seberat apa pun masalah yang dihadapi murid-murid Kristus, semuanya itu tidaklah melebihi apa yang sudah dihadapi Kristus. Seorang murid tidak lebih daripada gurunya.

Kita juga melihat perkataan ini dijadikan alasan mengapa mereka harus bersedia melakukan pekerjaan yang paling hina sekalipun, bahkan untuk saling membasuh kaki mereka.

Di sini perkataan tersebut diberikan sebagai alasan mengapa mereka tidak boleh menyerah di dalam penderitaan yang paling berat sekalipun. Mereka diingatkan akan perkataan ini sebuah ungkapan peribahasa, bahawa seorang hamba tidaklah lebih dari tuannya, kerana  itu, seorang hamba janganlah mengharapkan yang lebih baik daripada tuan nya.

Tuhan memperhatikan secara khusus setiap orang di dalam penderitaanpenderitaannya. Alam sendiri mengajarkan hal ini kepada kita, dan ini sangat menghibur bagi umat manusia, terutama bagi semua orang baik yang di dalam iman dapat memanggil Tuhan ini sebagai Bapa mereka, yang memelihara mereka dengan penuh kelembutan.

Pemeliharaan ilahi yang secara umum meliputi seluruh makhluk hidup, bahkan yang paling kecil sekalipun seperti burung pipit. Malah, haiwan mungil ini meskipun tidak berharga tetapi tidak terlepas dari pemeliharaan ilahi.

Kedua, perhatian khusus yang diberikan Tuhan kepada muridmurid Kristus, terutama di dalam penderitaan-penderitaan mereka, (rambut kepalamu pun terhitung  semuanya).

Ini adalah suatu ungkapan peribahasa yang menunjukkan betapa Tuhan sangat memerhatikan dan peduli akan umat-Nya, bahkan halhal yang kecil dan yang paling sedikit diperhatikan sekalipun.

Orang biasanya cemas tentang wang atau harta namun tidak pernah mahu dengan teliti menghitung rambut yang gugur dan mereka tidak pernah merasa kehilangan rambut mereka itu.

Tetapi Tuhan menghitung rambut umat-Nya, dan tidak sehelai pun dari rambut kepala mereka akan hilang. Mereka tidak akan dibiarkan disakiti sedikit pun, kecuali atas pertimbangan yang matang. Mengapa demikian? Kerana kita begitu berharga di mata Tuhan, walau siapa pun kita!--IGL

Total Comments:0

Name
Email
Comments