Webinar tentang keluarga: Kebersamaan dalam suka dan duka

Sempena hari keluarga antarabangsa, Komisi Kehidupan Keluarga Keuskupan Agung Kuala Lumpur telah menganjurkan webinar bertajuk, Hidup dan Memberi dalam Kehidupan Keluarga: Kebersamaan dalam keadaan baik dan tidak baik (suka dan duka).

May 29, 2021

KUALA LUMPUR: Sempena hari  keluarga antarabangsa, Komisi  Kehidupan Keluarga Keuskupan  Agung Kuala Lumpur telah menganjurkan webinar bertajuk, Hidup  dan Memberi dalam Kehidupan  Keluarga: Kebersamaan dalam  keadaan baik dan tidak baik (suka  dan duka).

Webinar yang disiarkan secara  langsung ini dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Monica dan  Ricky. Program webinar dalam Bahasa Malaysia ini aalah merupakan  yang julung kali dianjurkan. 

Para panel dalam webinar ini  ialah Father Stanley Antoni seorang  formator di Seminari Tinggi Kolej  General Pulau Pinang dan pasangan  suami isteri, Pairin dan Monalisa.

Fr Stanley, di dalam sesinya  menyampaikan bagaimana keluarga Katolik mampu menghidupi kehidupan keluarga? 

Beliau mengongsikan tiga aspek  keluarga Katolik iaitu “Keluarga  Katolik”, “Keluarga Yesus” dan  “Harapan dalam keluarga Yesus.”  Ketiga-tiga aspek ini dapat membantu kehidupan keluarga. 

Menurut Fr Stanley, Keluarga  Katolik memiliki lima kebenaran  iaitu:

1. Anugerah Tuhan: Keluarga adalah kurniaan Tuhan, sebagai umat  Tuhan kita tidak dapat memilih  untuk lahir dalam keluarga kaya  atau bahagia. Tetapi Tuhan yang  Mahabaik tidak akan memberi  yang buruk kepada kita. Maka keluarga adalah kurniaan dan anugerah terbaik dari Tuhan. Kita harus  membuka diri dan memahami bahawa semua keluarga adalah pemberian tercantik Tuhan. 

2. Keluarga Katolik harus jadi  sekolah kasih: Melalui keluarga,  kita diajar dan dididik untuk mengasihi, bukan dengan sebarang  kasih tetapi kasih seperti Yesus,  yang mampu menghidupkan, semangat, mampu mengharungi  segala sesuatu, komitmen

3. Suatu cabaran: Kehidupan keluarga adalah satu cabaran. Cabaran  ini kita alami setiap masa. Banyak  faktor dalaman (ahli keluarga)  contohnya ada ahli keluarga tidak  mengenal diri, tanggungjawab  maka timbul konflik. Oleh itu kita  harus mengenal diri sendiri. Cabaran luaran: Ekonomi, politik,  sosial dan banyak lagi. Misalnya  dalam politik, jika politik membuat dasar yang melawan pembinaan keluarga, ini menjadi ancaman kepada keluarga. Begitu juga  dengan budaya, dipenuhi budaya  kolot boleh memporak perandakan. Harus murnikan fikiran dan  tanggungjawab kita. Media massa  baik tetapi boleh menghancur atau  meracuni kehidupan keluarga.

4. Tidak sempurna; Setiap keluarga umat manusia tidak sempurna.  Setiap keluarga ada kelemahan,  luka disebabkan dosa. Oleh itu,  jangan berharap inginkan keluarga sempurna. Keluarga holistik,  integral adalah sesuatu yang realiti. Keluarga sempurna adalah mitos. Bukan nyata. Jangan mengharapkan keluarga sempurna. 

5. Setiap keluarga dirahmati dan  dilindungi oleh Tuhan. Sakramen  perkahwinan adalah berkat dan  perlindungan dari Tuhan. Segala  luka, segala sengketa boleh disembuhkan dengan rahmat Tuhan.  Rahmat ini amat dekat dengan  kita. 

Panel seterusnya, pasangan Pairin (berasal dari Tuaran, Sabah) dan  Monalisa (berasal dari Kota Belud  Sabah) mengongsikan bahawa  rahsia kebahagiaan rumahtangga  mereka ialah budaya berdoa bersama, membawa anak-anak ke Gereja setiap Minggu dan menyertai  pelbagai seminar rohani.

Pasangan ini juga mengutamakan komunikasi terbuka bagi meleraikan perselisihan faham dan  perbezaan pendapat. Mereka juga  pernah melalui pengalaman getir  semasa salah seorang anak mereka  menghidap penyakit jantung sejak  lahir.

“Tidak ada keluarga yang sempurna, Setiap hari kami belajar untuk memperbaiki diri dan sentiasa  menempatkan Yesus di tengahtengah keluarga,” kata pasangan  itu. Webinar diakhiri dengan berkat  penutup dari Fr Stanley

Total Comments:0

Name
Email
Comments