Yesus tidak memberikan ‘kecelakaan’ tetapi damai

Perkongsian para baptisan baharu 2024

Apr 26, 2024


Pada dasarnya saya ingin menjadi seorang Katolik kerana saya tertanya-tanya benarkah agama Katolik ini dapat menawarkan saya ketenangan, kedamaian dan kasih.

Sebelum saya mendaftarkan diri untuk menyertai Inisiasi Kristian Remaja (IKD), saya memiliki banyak masalah, salah satunya adalah perasaan takut.

Saya sentiasa gelisah dan takut akan apa yang akan terjadi pada hari esok. Saya tidak tahu mengapa saya berasa takut akan perkara yang tidak pasti.

Saya juga memiliki satu masalah besar dalam diri saya iaitu saya memiliki suara hati yang mengawal diri saya. Kisah ini bermula apabila saya berumur tujuh tahun di mana ketika itu, saya ada dorongan kuat untuk mengejek orang kurang upaya.

Ada dua suara di dalam diri saya yang menegur saya bahawa perbuatan saya salah dan satu suara lagi menggalakkan saya untuk terus mengejek orang lain.

Meskipun saya cuba mengawalnya, tetapi seringkali gagal. Mujurlah, setelah mengenal Yesus yang Maha Baik dan Pengasih dan dengan memohon bantuan-Nya, saya sembuh dari suara yang tidak baik itu. Sesungguhnya, Yesus adalah Sang Juruselamat kita! — Danny Rayner Thien, Keningau

Total Comments:0

Name
Email
Comments