YOUCAT for Kids: Mudahkan kanak-kanak belajar katekismus!

YOUCAT for Kids: Mudahkan kanak-kanak belajar katekismus!

Aug 24, 2018

VIENNA: Lebih 30 penerbit sedang membuat kerjakerja terjemahan dan pada akhir tahun ini, buku panduan itu akan diterbitkan dalam pelbagai bahasa, tetapi tidak lama lagi akan ditingkatkan dalam bahasa-bahasa lain bagi membolehkan mereka yang tinggal di wilayah-wilayah terpencil di dunia dapat menggunakannya.

Pada 1 Ogos, menandakan peristiwa penting di mana penerbitan edisi Jerman “YOUCAT for Kids” iaitu katekismus baharu untuk kanak-kanak dalam versi Bahasa Inggeris, secara dirasmikan di Dublin semasa Pertemuan Keluarga Sedunia.

Selepas “YOUCAT” untuk belia — diterbitkan tujuh tahun yang lalu dengan berjuta-juta salinan telah diedarkan di seluruh dunia — teks yang sama digunakan tetapi lebih mudah. Ia ditujukan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan, kira-kira enam, lapan hingga 12 tahun, tetapi yang lebih penting, untuk ibu bapa kerana pendidikan iman yang pertama harus berlaku dalam keluarga.

Malah, dalam kata-kata pengantarnya, Sri Paus Fransiskus menyapa, “Anak-anak yang dikasihi, Ibu bapa yang dikasihi".

Sri Paus bermula dengan pertanyaan yang pernah ditanya oleh seorang kanakkanak Kanada kepadanya: “Apa yang dilakukan Tuhan sebelum dia menciptakan dunia?"

Prelatus itu mengakui beliau terlebih dahulu merenung sejenak sebelum menjawab soalan tersebut agar mudah bagi kanak-kanak itu untuk memahami jawapannya: "Sebelum Tuhan menciptakan sesuatu, Dia mengasihi.

Itulah yang Dia lakukan: Dia mengasihi! Tuhan selalu mengasihi. Apabila Dia mencipta dunia, Dia tidak melakukan apa-apa kecuali mengasihi.” Sri Paus menambah, “Ketika melihat helaian demi helaian YOUCAT untuk Kanakkanak, saya bertanya semula soalan yang selalu ditanya oleh kanak-kanak kepada ibu bapa mereka dan katekis.

“Sebab inilah, saya merasakan, katekismus ini amat berguna dalam Pengajaran Iman, di mana anda boleh menemui jawapan pada persoalan-persoalan penting iman: persoalan seperti dari mana bumi ini berasal? Mengapa Tuhan mencipta saya? Bagaimana dan mengapa saya harus hidup di sini? Apa yang berlaku selepas kematian?”

Sri Paus Fransiskus menerangkan bahawa “YOUCAT untuk Kanak-kanak” adalah katekismus yang sangat berbeza dari apa yang pernah saya miliki. YOUCAT untuk Kanak-kanak amat sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapa yang mahu meluangkan waktu bersama dan menemui cinta kasih Tuhan. Ia mengajak keluarga untuk berkongsi iman dengan generasi lain, iaitu topik yang amat disukai oleh Sri Paus.

Teks yang boleh dibanggakan ini adalah hasil kerja keras selama empat tahun oleh sekumpulan editorial yang sangat dihormati dan ditubuhkan oleh Konferensi para Uskup Austria yang diketuai oleh Uskup Agung Vienna, seorang ahli teologi, Kardinal Christop Schonborn — yang juga merupakan ko-ordinator projek YOUCAT terdahulu, juga salah seorang penulis Katekismus Gereja Katolik (CCC).

Beliau amat dikenali dengan usaha dan keprihatinannya terhadap hidup keluarga dan juga muncul semasa dua Sinode sebelum ini serta pasca sinode Amoris Laetitia (Sukacita Kasih). — Sumber Maria Teresa Pontara Pederiva, La Stampa

Total Comments:0

Name
Email
Comments