News In Malay

  • Kenali Santo Anda : Sto Yosef

    Mar 14, 2014

    Sto Yosef adalah seorang santo yang unggul. Beliau berupakan bapa asuh kepada Yesus dan suami kepada Santa Perawan Maria. Yosef memperoleh hak istimewa untuk merawat dan menjaga Putera Tuhan bersama Bonda Maria.

  • Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan, NGO Islam cuba rempuh pintu mahkamah

    Mar 14, 2014

    Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kata “Allah” dalam penerbitannya sebelum ini yang memutuskan Kementerian Dalam Negeri mempunyai hak mengharamkan penggunaan perkataan itu dalam HERALD.

  • Aktivis Islam jawab dakwaan blogger sesi “murtad” di Gereja

    Mar 14, 2014

    Gambar yang disifatkan sebagai bukti kononnya orang Melayu dibawa ke gereja untuk dimurtadkan adalah gambar palsu, menurut salah seorang yang dilihat dalam gambar yang tersebar di media sosial, Zaiton Ismail.

  • Bapa Suci tekankan manfaat retret

    Mar 14, 2014

    Sebelum bertemu dengan para pegawai tinggi jabatan Vatikan dan para pendamping rohani dari Itali untuk menghadiri Retret Pra-Paskah selama seminggu, Paus Fransiskus mengatakan bahawa retret harus memperbaharui iman peserta, mengubah pelayanan mereka, dan hubungan mereka dengan orang lain.

  • Tinggalkan sikap munafik pada musim Pra-Paskah

    Mar 14, 2014

    Kardinal Luis Antonio Tagle dari Manila memperingatkan umat Katolik yang terlibat dalam “kegiatan rohani” selama Pra-Paskah seperti berpuasa dan kegiatan amal hanya untuk kepentingan diri sendiri, itu adalah munafik.

  • Temubual terbaru dengan Paus Fransiskus

    Mar 14, 2014

    Baru-baru ini, Paus Fransiskus membincangkan isu-isu hangat dalam Gereja dewasa ini melalui sebuah agensi berita Itali. Prelatus itu juga menjelaskan beberapa topik yang sering disalah erti sejak beliau terpilih menjadi Paus.

  • Paderi harus jadi pengaku dosa yang berbelas kasihan

    Mar 14, 2014

    Semasa bertemu dengan para Paderi di Keuskupan Roma pada Mac 6 lalu, Paus Fransiskus menyentuh mengenai Sakramen Pengakuan serta menyeru para Paderi agar memperlihatkan belas kasihan Kristus kepada umat beriman melalui Sakramen itu.

  • Melihat, mendengar orang tertindas harus ada dalam pelayanan

    Mar 14, 2014

    Pemuda harus keluar dari tembok Gereja! Demikian cabaran yang dikemukakan oleh Pendeta Josef Widyatmaja, seorang pastor Kristian ketika memberikan salah sebuah sesi di Persidangan Nasional Pemuda (KONAS) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Remaja Persekutuan Gereja-gereja Indonesia pada Mac 3 lalu.

  • Paus Fransiskus ‘‘risau’’ penyakit keberhalaan wang di kalangan kaum muda

    Mar 14, 2014

    Paus Fransiskus ‘‘risau’’ penyakiit keberhalaan wang di kalangan kaum muda

  • Jika Tuhan tahu sejumlah orang akan menentang-Nya, mengapa Dia tetap menyayangi mereka?

    Mar 14, 2014

    Selanjutnya, perlu diketahui bahawa Tuhan tetap setia kepada manusia, meskipun manusia tidak setia kepada- Nya, sebab Ia tak dapat menentang hakikat Diri-Nya sendiri sebagai Tuhan yang setia (lih. 2 Tim 2:13).